Selasa, 27 Oktober 2009

Latar Belakang Dan Sejarah


Kampung Felda Sungai Kemahal terletak di dalam mukim Pelangai, daerah Bentong.Lokasinya 95 km dari Bandar Bentong, 198 km dari Kuantan, 25 km dari Triang manakala pekan yang paling hampir ialah Kemayan iaitu 14 km jaraknya dari kampung ini. 
Kampung ini berada di bawah urustadbir Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong, di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dan kawasan Parlimen Bentong. Wakil Rakyat (ADUN) diwakili oleh YAB Dato’ Seri Hj Adnan bin Hj Yaakob iaitu Menteri Besar Pahang manakala Parlimen diwakili oleh YB Dato’ Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia. Kampung ini juga terletak di bawah Pengurusan Felda iaitu di dalam Felda Wilayah Mempaga. 
Slide 4Felda Sungai Kemahal dibangunkan pada tahun 1966/1967 dan dibuka sepenuhnya pada tahun 1970. Pada Peringkat awal kemasukan Peneroka, Majlis Perwakilan Rancangan (MPR) ditubuhkan pada 1 Ogos 1972 bagi membincangkan masalah rancangan. 
Pada tahun 1974 MPR dibubarkan dan digantikan dengan Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) untuk menguruskan pelbagai kegiatan peneroka selama 24 tahun. JKKR telah dibubarkan pada April 1998 dan digantikan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK). Pengerusi JKKK  dibantu oleh 15 orang AJK yang terpilih dan dilantik oleh Kerajaan Negeri sementara JKKR diwakili oleh ketua-ketua blok dan ditadbir oleh FELDA.

Slide 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan