Selasa, 27 Oktober 2009

Aktiviti Penduduk Kampung Felda Sungai Kemahal


 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kemudahan Di Kampung Felda Sungai Kemahal







Barisan Ahli JKKK Kampung Felda Sungai Kemahal

Slide 1
Jawatan
Nama
Pengerusi
Mat Rani @ Ramly b.Abdullah PJK
Setiausaha
Azhar bin Hj .Ahmad
AJK
Ali bin Hj Hassan
AJK
Hj Suratman bin Berahim
AJK
Hj Hashim bin Marjuki
AJK
Hj Mohamed bin Tandang
AJK
Kamarudin b. Ismail
AJK
Mohd Isa bin Salim
AJK
Hjh Maisaharah bt Uda PJK
AJK
Musa bin. Yusoh
AJK
Hjh Rumisah bt Misrah
AJK
Md Jahori bin.Satari
AJK
Mohamed Hashim bin Sani
AJK
Mohd Ali bin Ahmad
AJK
Johari bin Hj Anuar

Pelan Susun Atur Kampung Felda Sungai Kemahal


Latar Belakang Dan Sejarah


Kampung Felda Sungai Kemahal terletak di dalam mukim Pelangai, daerah Bentong.Lokasinya 95 km dari Bandar Bentong, 198 km dari Kuantan, 25 km dari Triang manakala pekan yang paling hampir ialah Kemayan iaitu 14 km jaraknya dari kampung ini. 
Kampung ini berada di bawah urustadbir Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong, di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dan kawasan Parlimen Bentong. Wakil Rakyat (ADUN) diwakili oleh YAB Dato’ Seri Hj Adnan bin Hj Yaakob iaitu Menteri Besar Pahang manakala Parlimen diwakili oleh YB Dato’ Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia. Kampung ini juga terletak di bawah Pengurusan Felda iaitu di dalam Felda Wilayah Mempaga. 
Slide 4Felda Sungai Kemahal dibangunkan pada tahun 1966/1967 dan dibuka sepenuhnya pada tahun 1970. Pada Peringkat awal kemasukan Peneroka, Majlis Perwakilan Rancangan (MPR) ditubuhkan pada 1 Ogos 1972 bagi membincangkan masalah rancangan. 
Pada tahun 1974 MPR dibubarkan dan digantikan dengan Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) untuk menguruskan pelbagai kegiatan peneroka selama 24 tahun. JKKR telah dibubarkan pada April 1998 dan digantikan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK). Pengerusi JKKK  dibantu oleh 15 orang AJK yang terpilih dan dilantik oleh Kerajaan Negeri sementara JKKR diwakili oleh ketua-ketua blok dan ditadbir oleh FELDA.

Slide 3

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Blog ini diadakan dengan tujuan, untuk menjadi salah satu sumber informasi untuk orang ramai mengenali dengan lebih dekat Kampung Felda Sungai Kemahal. Di sini, kami akan paparkan segala maklumat mengenai kampung ini serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh penduduk Kampung Felda Sungai Kemahal untuk tatapan anda semua.

Semoga melalui blog ini dapat memberi anda lebih maklumat tentang Kampung Felda Sungai Kemahal. Kami juga mengalu-alukan sebarang komen, idea atau cadangan daripada anda semua untuk memajukan lagi Kampung Felda Sungai Kemahal